Saturday, October 17, 2009

Erti Kehidupan


BAB 1 : Peluang

“ijat!!.. Ijat..!! bangun, dah tengah hari ni” ibu mengejutkan aku. Aku tersentak dan terus turun dari katil. Matahari telah tinggi memancar ke dalam bilik aku.


“Laparnya” kata ku sambil melihat sarapan diatas meja.

“mandi dulu” ibu aku menyampuk. Aku dengan perasaan terpaksa terus aku mandi dan menjamah makanan yg tersedia.

“Aduhh, kenyannya” aku bersuara.

“Alhamdulillah, dah kenyang,. Berehat la dulu di ruang tamu” kata ibu. “mak nak masak makan tengah hari pulak nie” ibu menyambung.

Aku terus pergi berehat dan menonton televisyen. Aku adalah pelajar lepasan PMR dari sebuah sekolah di Seberang perai yang sedang menunggu tawaran daripada sekolah asarama. Aku dilayan dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapa aku. Bagi aku mungkin sebab keputusan PMR aku yang agak cemerlang, 5A dan 3B keputusan yang menjadi kebanggaan kedua ibubapa aku kerana ini ialah keputusan yang terbaik berbanding abang-abang aku. Namun bagi aku, keputusan ini tidak memuaskan dan menyusahkan. Sebelum Bermulanya peperiksaan menengah rendah, aku telah membuat 2 permohon bagi meneruskan pembelajaran. Bagi aku segala kejayaan mestilah atas titik usaha sendiri. aku menolak sebarang pertolong bagi memasukan aku kemana-mana sekolah asrama. Segala bantuan yang ditawarkan oleh bapa aku dan saudara-mara aku tolak bagi memenuhi keegoan aku. Tiba-tiba bapa aku membuka pintu hapadan dengan membawa masuk beberapa pucuk surat.

“ada surat ijat tak” aku menyapa dengan harapan permohon aku telah diluluskan.

“ada” bapa menjawab.
Bapa aku menyambung lagi, “Surat dari sekolah teknik”.

Silver

Wednesday, October 14, 2009

Nasi 1 Malaysia???

Skang nie orng tgh sbk ckp psl 1 MALAYSIA... jd aku pun nk sibuk-sibuk gak nk cite pasal 1 MALAYSIA..... Emmm.. semangat 1 Malaysia nie dasyat gak la dlm kalangan kawan2 aku.... hehehehe sampai mkanan pun dia buat ala-ala 1 MALAYSIA...




Nasi 1 MALAYSIA yg boleh didapti
di mana mana


Nasi 3 warna ngan pelbagai jenis lauk.... best2..

Aku bangga gak la dpt kwn2 yg bersemangat dlm menjyakan 1 MALAYSIA nie... hehehehehe..(aku nk gak shre)


Secara amnya... Nasi sdp dimkan

1 MALAYSIA

Silver

Monday, October 12, 2009

Bersederhana

Bangun jangan memarahi
Makan jangan melebihi
Cakap jangan menyakiti
Mengambil jangan mencuri
Hati jangan membenci
Berjalan jangan memaki
Menunggu jangan mencaci
Tidur jangan meniduri
Lihat jangan tinggi
Bermain jangan melebihi
Mencari jangan seksi
Masalah jangan dicari
Janji jangan mungkiri
Kawan jangan jauhi


Silver

Bersih atau kotor???

Kaki ku bersih tp Kotor dgn berjln ke tmpt maksiat,
Perutku bersih tp Kotor dgn makanan haram,
Hati ku bersih tp Kotor dgn perasaan benci,
Mulut ku bersih tp Kotor dgn mengumpat,
Mata Ku bersih tp Kotor dgn melihat aurat,
Telinga ku bersih tp kotor dgn mendgr keburukan org,
Otak ku bersih tp Kotor dgn buruk sangka.


Silver